Projek Cuti Deepavali
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kome semua.Dek kerana cuti Deepavali berlangsung agak panjang,makanya aku kebosanan duduk kat rumah tanpa sebarang aktiviti.Aku tak boleh duduk lama2 dalam rumah terperap tanpa buat apa apa.So aku pun perah la kepalavotak aku pikior nak buat apa masa cuti ni.
Entah kenapa dan tetibe mak aku cerita pasal itik,telur itik,kawan dia yg bela itik dan jalan itik.Bapak aku pon nampak macam berminat jer pasal itik,Jadi kami pon saling acah mengacah nak bina kandang la,ternak la dan bermacam macam acahan lagi.Tambahan,mak aku ada cakap baik buat sesuatu dengan tanah dekat belakang rumah daripada terbior je penuh lalang.
Makanya aku nak tunjuk kat kome dalam post kali ni projek yang aku dan famili aku dah buat semasa cuti Pesta Cahaya.
THE GAME BEGINS..........
Hari Pertama aka Hari Isnin,
Pagi:
Aku dengan bapak aku masih menggeliat depan TV sambil makan cucur bawang. Masih tak terlintas pon nak buat kandang itik waktu tu. Dalam pukul 10 hati ni tetibe rajin nak pergi tebang buluh dekat tepi rumah yg merimbun. Tetibe hati bermonolog 'baik aku buat kandang itik,ada jugak paedahnya'.So aku pun tebang lah buluh tu banyak2 dan panjang2.Jenuh jugak la buat sorang2.Aku pun ajak la ayah aku tolong.Entah kenapa beliau amat rajin ketika itu dan itu masih menjadi persoalan buat aku??? Tapi takpe la ada jugak aktiviti yg kami boleh buat sekali.Hasilnya dapatlah kami buluh yg banyak dan panjang disamping tangan yg penuh dgn calar balar.....
Tengah hari:
Kalau orang lain rehat dan lepak waktu tengah hari,tapi bagi kami anak beranak itulah masa produktif kami.Kayu kayan yg bapak aku bawa balik kami gunakan utk buat pancang/tiang/pasak.Gambar ada kat bawah ni.Dek kerana usia yg masih muda dan mekar, akulah yg kene ketuk kayu2 tadi.Berat hammer yg kami gunakan ada la dalam 9-12 kg.Memang berat!!Sumpah tak tipu!!Kremm tangan aku malam tu!!Aku pon tak tau la mana ayah aku dapat hammer tu???Aktiviti disambung dengan mengikat buluh tadi pada pasak yg telah kami dirikan.Dalam pukul 2 barulah kami stop sebab lapar tahap dewa dewi.
Petang:
Aktiviti disambung.Buluh diikat pada pasak dengan menggunakan dawai.Syukur aku pernah join KRS,tau la aku sikit2 cara nak mengikat.Ada gambar kat bawah ni.Tapi petang ni aku kene buat sorang2 sebab bapa terkasih telah pergi kerja.Nak tak nak kena la semangat sikit demi menjayakan hasrat hati ibu mithali.
Nah aku belanja gambo sepanjang aku jadi engineer in animals' building...
![]() |
| Ini kawasan belakang rumah aku yg akan berubah tak lama lagi |
![]() |
| Buluh aku dah tebang dikumpul untuk dijadikan kandang |
![]() |
| Akulah tu tgh ketuk kayu utk buat pasak kandang....12kg berat hammer tuh |
![]() |
| Projek in progress...tapi terpaksa ditunda sebab dah petang |
BERSAMBUNG.....................




No comments:
Post a Comment