Sperm

Tuesday, 15 December 2015

Bon Appetit de Pekasam

BON APPETIT de PEKASAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kome semua....

     Post kali ini saya akn berkongsi dgn kome semua tentang cara-cara membuat pekasam.Iya, memang tidak dinafikan lagi bahawa pekasam ini sememangnya mampu membuka gerbang selera seseorang.Saya sendiri mengakui walaupon saya telah kekenyangan namun dek kerana emak saya menggoreng ikan pekasam saya akan makan kembali...serius memang sedap tambah2 lagi bila cicah dgn budu,cencalok,sambal nyor,sambal belacan dsb.

     Maka dengan ini secara rasminya saya berkongsi cara membuat PEKASAM!!!!

Basuh lah bersih2 sehingga puas hati kemudian toskan air basuhan tadi sampai kome rasa dah okey.

Campor dgn garam.Kan kome belajor garam boleh membantutkan pertumbuhan bakteria dsb.

Perapkan ikan dalam bekas selama sehari tak pon dua hari terpulang dekat kome.

Goreng beras tapi jgn letak minyak dan jgn sampai hangit.Agak2 perang laa kaler dia.

Lumurlah ikan kome tadi dgn beras yg telah kome goreng.Picit,uli,ramas....buatlah apa yg kome nak dgn ikan tuh.

Perap ikan yg telah dilumur tadi selama seminggu atau mungkin 2 minggu,terserah pada empunya pekasam...Tutup ketat-ketat kalau tak bau menyengat.



Selepas diperap.....................


Nikamatilah seumpama kamu menikmati Lasagna buatan Chef Rat-ta-touile.....

BON APPETIT!!!!


No comments:

Post a Comment